Thursday, September 29, 2011

Kisah Malam Pertama Suami Isteri ( 18sx )



Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”


Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”. 



hihi,lawak laki bini... http://www.emocutez.com

Wednesday, September 28, 2011

Bekas Kekasih Dedah Rahsia Mamat Sepah?



ellow readers...
tetibe je rase macam nak bercerita sikit pasal salah seorang ahli kumpulan sepah ni...MAMAT....
awal-awal aku memang minat sangat2 semua ahli kumpulan SEPAH...tapi baru-baru ni ada cerita yang tak sedap didengar sejak Mamat couple dengan Fida..Fida yang dulu bertudung manis je n tutup aurat dah pandai tunjuk leher...hmm,kenape ye...

tapi yang tu aku malas nak komen panjang2 sbb aku pon tak baik..nak dijadikan cerita,tengah nak start buat proposal BI sikit2, terbuka la website pasal gosip2 ni..haha,stuck jap kat situ...(almaklumlah traffic jam)..
ade la 1 cerita menarik yang nak dikongsikan..pasal rahsia Mamat Sepah yang didedahkan ex awek dia sendiri kat berita harian rasenya...beginila kisahnya.....
__________________________________________________________________________________

Bekas kekasih kepada kepada Mamat kumpulan Sepah, Adda, menuduh bekas kekasihnya itu telah berbohong mengenai perpisahan mereka yang dikatakan sebagai berpisah ‘secara baik’ sebelum ini.
Mamat Sepah yang baru putus cinta dengan Adda dan kini sedang hangat bercinta dengan Fida sebelum ini memberitahu media bahawa perpisahan mereka dilakukan secara baik, namun bekas kekasihnya itu kemudian menjelaskan yang sebaliknya.
“Dia sendiri yang sarungkan cincin ke jari saya sebagai tanda saya ni milikinya…Tapi, apabila Mamat memutuskan percintaan kami, dia nak balik cincin tu, Mamat kata dia nak jumpa saya, katanya dia nak tukar cincin tu jadi rantai.
“Nanti bila dah jadi rantai dia bagi balik. Rupa-rupanya tak! Mamat bukan saja nak cincin itu dikembalikan, tapi dia nak saya pulangkan dengan bekas cincin itu sekali. Cincin tue bukannya mahal sangat dalam RM500 lebih saja, dia nak kecoh sangat kenapa? Lepas tue dia boleh buat cerita dengan orang keliling, saya nak pow duit dia,” jelasnya yang dipetik dari sisipan BiPop, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Adda tidak menganggap Fida sebagai perampas kekasihnya itu dan menyifatkan kekasih baru anggota kumpulan yang menjuarai Maharaja Lawak tersebut sebagai ‘tidak tahu apa-apa’ mengenai status hubungannya dengan Mamat.
Adda turut menuduh Mamat sebagai seorang kekasih yang curang, mempunyai ramai teman wanita dan menyarankan kepada Fida untuk mengambil iktibar tentang apa yang berlaku terhadapnya selain berhati-hati dalam perhubungan dengan pelawak tersebut.
Mengejutkan, Adda juga mendedahkan bahawa bekas kekasihnya itu juga adalah penyebab utama kepada pepecahan juara Maharaja Lawak, kumpulan Sepah, dan mengugut untuk menyamannya sekiranya membuka ceritanya kepada umum.
“Mamat juga pernah berita saya saya, sekiranya saya buka cerita, buka aib dia, beliau nak saman! Padahal apa yang saya dedahkan adalah cerita benar. Sekarang nie Sepah dah berpecah, sebabnya dialah.
“Saya nak orang tahu siapa Mamat yang sebenarnya. Sekalipun dia tidak pernah bercerita kepada wartawan kenapa kami putus, tapi memburukan nama saya kepada orang sekeliling…Itu yang saya bengang,” katanya.
__________________________________________________________________________________
hmm,macam2 artis skarang ni...tapi cerita ni tak berakhir kat sini je tau...ada lagi jawapan dari tuan punya badan (Mamat)...http://www.emocutez.com

tapi tak dapat la nak cerita ari ni sebab dah panjang sangat..esok pulak yer,hehehe...bye3...http://www.emocutez.com

Saturday, September 3, 2011

HaiSh~OR oh OR,kNapA SusAkN hiDupKu...

Hye semua2....selamat hari raya kawan2,haha.. http://www.emocutez.com
teringat dekat anak sepupu kecik tu..suka sgt dia sebut kawan2..even aku y umo 20 ni pon dia panggil kawan2 dia,hehe..
sedar tak sedar dah habis dah puasa kan,tapi aku tak kurus2 lagi,huhu,sedih btol.. http://www.emocutez.com
nak buat macam mane,lemak ni syg sgt nak tinggalkn aku..tkpe2,biar aku bela dulu,hahaha...
tengah hepy2 sambut raya,tk sabar jugak rasenye nak balik UMP..yela,dah 4bulan aku duk saje2 goyang kaki..lame2 bosan giler3...memang dah tak tau buat ape dah..nasib ade tv y sayang sangat kat aku tu,hehe..
aku tak sabar sangat nak tunggu hari register subjek..sronok brebut2 ni..at last hari bsejarah tu pon sampai la...
nak dijadikan cerita,aku masuk ecomm tepat2 pukul 12..cam biasala,aku disambut dengan welcome note...
NO DATA RECEIVE..
haish,tak tension langsung...(tiru ayat k.umie,hehe)
tapi biasalahkan,dah ramai ni..memangla dia problem sikit..so start pukul 12 sampai pukul 2 pagi,aku try non-stop..dalam hati doa la bagi ramai y tido malam ni,hehe..aku,zidah,aman n k.umi same2 b'juang nak rebut tempat.. http://www.emocutez.com
tapi ntah macam mane la,kami 4 org semua t'tido...alahai~ http://www.emocutez.com
bangun2 tu dah pukul 6.40 pagi,tu pon cik zidah y kejutkan (diiringi dengan abah ketuk pintu kuat2 suruh bangun solat,hehe)..kalut sangat2 terus masuk ecom n add subjek..hadus,banyak subjek y dah full..baru 6 jam dia bukak register subjek 2...sedih3 sbb tak dapat ape y aku nak...y tensionnye,banyak sangat subjek y clash..geram btol..tau la nak tukar,tapi bagila sistematik jadualnye..susah tol sbb tak cukup crdit hour..ni y mula nak marah2 pihak y tertentu ni,haish!! http://www.emocutez.com
OR ni bukn m'bantu aku cepat grad,tapi melambatkan lagi sbb dah la tak sediakan tempat y cukup, susun jadual bagi clash banyak lak, at last tak cukupla credit hour aku..aku cekik kang,naya je,hish,geram btol..
kepada pihak2 y berkenaan,kalau nak tukar pon tukr la..tapi kalau boleh,buat tu elok2 lah..susun jadual tu jangan la bagi clash banyak sangat..setakat 3 or 4 subjek tu cukupla..kan kita ada 5 hari..klas lak dari 8 sampai 6 petang..hai,tak cukup lagi ke masa nak letak kelas bagi tak clash tu????


nukilan insan y geram,
AKU!!
http://www.emocutez.com