Wednesday, September 28, 2011

Bekas Kekasih Dedah Rahsia Mamat Sepah?



ellow readers...
tetibe je rase macam nak bercerita sikit pasal salah seorang ahli kumpulan sepah ni...MAMAT....
awal-awal aku memang minat sangat2 semua ahli kumpulan SEPAH...tapi baru-baru ni ada cerita yang tak sedap didengar sejak Mamat couple dengan Fida..Fida yang dulu bertudung manis je n tutup aurat dah pandai tunjuk leher...hmm,kenape ye...

tapi yang tu aku malas nak komen panjang2 sbb aku pon tak baik..nak dijadikan cerita,tengah nak start buat proposal BI sikit2, terbuka la website pasal gosip2 ni..haha,stuck jap kat situ...(almaklumlah traffic jam)..
ade la 1 cerita menarik yang nak dikongsikan..pasal rahsia Mamat Sepah yang didedahkan ex awek dia sendiri kat berita harian rasenya...beginila kisahnya.....
__________________________________________________________________________________

Bekas kekasih kepada kepada Mamat kumpulan Sepah, Adda, menuduh bekas kekasihnya itu telah berbohong mengenai perpisahan mereka yang dikatakan sebagai berpisah ‘secara baik’ sebelum ini.
Mamat Sepah yang baru putus cinta dengan Adda dan kini sedang hangat bercinta dengan Fida sebelum ini memberitahu media bahawa perpisahan mereka dilakukan secara baik, namun bekas kekasihnya itu kemudian menjelaskan yang sebaliknya.
“Dia sendiri yang sarungkan cincin ke jari saya sebagai tanda saya ni milikinya…Tapi, apabila Mamat memutuskan percintaan kami, dia nak balik cincin tu, Mamat kata dia nak jumpa saya, katanya dia nak tukar cincin tu jadi rantai.
“Nanti bila dah jadi rantai dia bagi balik. Rupa-rupanya tak! Mamat bukan saja nak cincin itu dikembalikan, tapi dia nak saya pulangkan dengan bekas cincin itu sekali. Cincin tue bukannya mahal sangat dalam RM500 lebih saja, dia nak kecoh sangat kenapa? Lepas tue dia boleh buat cerita dengan orang keliling, saya nak pow duit dia,” jelasnya yang dipetik dari sisipan BiPop, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Adda tidak menganggap Fida sebagai perampas kekasihnya itu dan menyifatkan kekasih baru anggota kumpulan yang menjuarai Maharaja Lawak tersebut sebagai ‘tidak tahu apa-apa’ mengenai status hubungannya dengan Mamat.
Adda turut menuduh Mamat sebagai seorang kekasih yang curang, mempunyai ramai teman wanita dan menyarankan kepada Fida untuk mengambil iktibar tentang apa yang berlaku terhadapnya selain berhati-hati dalam perhubungan dengan pelawak tersebut.
Mengejutkan, Adda juga mendedahkan bahawa bekas kekasihnya itu juga adalah penyebab utama kepada pepecahan juara Maharaja Lawak, kumpulan Sepah, dan mengugut untuk menyamannya sekiranya membuka ceritanya kepada umum.
“Mamat juga pernah berita saya saya, sekiranya saya buka cerita, buka aib dia, beliau nak saman! Padahal apa yang saya dedahkan adalah cerita benar. Sekarang nie Sepah dah berpecah, sebabnya dialah.
“Saya nak orang tahu siapa Mamat yang sebenarnya. Sekalipun dia tidak pernah bercerita kepada wartawan kenapa kami putus, tapi memburukan nama saya kepada orang sekeliling…Itu yang saya bengang,” katanya.
__________________________________________________________________________________
hmm,macam2 artis skarang ni...tapi cerita ni tak berakhir kat sini je tau...ada lagi jawapan dari tuan punya badan (Mamat)...http://www.emocutez.com

tapi tak dapat la nak cerita ari ni sebab dah panjang sangat..esok pulak yer,hehehe...bye3...http://www.emocutez.com

1 comment: