Saturday, March 3, 2012

AWESOME HOLIDAY IN HATNYAI PART 2~

hello again http://www.emocutez.com
alang2 tengah free n malas nak study ni,aku nak continue cerita pasal holiday yang dah lepas dulu tu..ingat tak???if tak ingat,boleh je click kat older post,hehe..
ok,last sekali aku cerita kitorang g zoo kan??after dah puas pergi jalan2,dalam pukul 5 lebih kitorang pown mula la rasa lapar..yela kan,jalan punye lah lame,dari pukul 8 lagi...so,kawan mak pown ajak pergi penuhkan apa yang kosong kat 1 restoran ni..tak ingat la apa nama dia,tapi restoran muslim la..tepi pantai...yang bestnya,pekerja restoran ni pandai sikit2 cakap melayu..so,tak susahla nak explain kat dia apa yang kitorang nak makan..(susah jugak kalau nak cakap 'kangkung goreng belacan' dalam english ye x??)

kat restoran ni dia jual seafood je..ala,macam kat malaysia jugak la...cakap je kat dia apa yang kita nak..kalau takde idea,tanya je selalu orang makan masak ape,dia leh tolong suggest kan..jom layan gambar balik http://www.emocutez.com
aniq excited cz lama dah tak g pantai..

ntah apa la yang semua org tengok tu..husband akak y kat hujung tu la bawak kitorang jalan2..dia expert  sikit..


lapar punye pasal.aku pown dah tak sempat nak snap picture kenang-kenangan apa yang kitorang makan,hehe..kitorang makan sampai malam..sempat la tengok sunset (kononnya)..padahal aku tak perasan pown bila matahari tu hilang..sedar2 je dah malam,hehe...

ikutkan plan,kitorang nak balik kedah trus lepas makan ni..tapi dah perut pown kenyang kan,so abah2 kitorang ni pown dah mengantuk n ada lagi certain tempat tak sempat singgah,jadi kitorang sepakat la nak tido hotel malam ni..esowk sambung jalan..kalau sesape yang teringin nak pergi hatnyai,aku nasihatkan,janganla buat perangai macam tu ea,if nak spend a night kat sana,seelok-eloknya korang book hotel dulu awal2..tambah2 time cuti sebab selalunya fully book dah hotel diorang ni..malam tu geng2 perempuan semua ditinggalkan dekat uptown hatnyai,yang lelaki je pergi cari hotel (sebab takut takde hotel)..malas nak bawak banyak2 kereta..best sangat2 uptown diorang..memang besar sgt3...banyak jual baju,handbag,accessories,kasut n macam2 lagi la..paling best,semuanya macam lelong..banyak sangat harga 100baht (rm10)..kasut yang aku tengok kat mall kita harga rm30++, kat sana juz 100baht or 250baht je (rm10-rm25)..kualiti pown bukan yang cikai2 ok..sama je macam yang kita tengok kat kedai2 tu..heaven gila kowt kitorang borong malam tu,hehe...http://www.emocutez.com

dalam 3 jam lepas tu,kitorang dah sampai tempat parkin, n diorang cakap dah ada hotel..harga pown murah, tak silap aku 300bath ke 400baht (rm30 @ rm40),aku pon tak sure,tapi murah la kan??jadi dah puas jalan2,tak sabar pulak nak baring atas katil..lepas dah abes shopping,terus kitorang balik rest dalam bilik...esok pulak sambung jalan..
 keesokannya pulak,awal2 pagi lagi kitorang dah siap..turun2 bilik je excited sgt2 cz uncle Lan dah sewakan tuttut untuk kitorang jalan2 hari tu..so save la duit minyak,n 1st experience dpt naik benda tu,hehe..pagi tu kitorang pergi makan dulu,yela,nak jalan lama lagi ni,hehe..driver tuttut tu tau cakap melayu,senang la nak mintak dia bawak g mana2..FYI, harga tuttut tu,sorang 25 baht ke satu destinasi (rm2.50)..tapi sebab driver tu kenal uncle Lan,so dia tak kisah kitorang naik berapa ramai pon..harga pon dia kira cikai2 je..
lepas makan,1st destination kitorang: CABLE CAR...nak naik atas tu,kena bawak kereta sendiri...jauh jugak jalan dia,dalam 10 minit...harga?? murah jugak, tapi tak ingat la,either 100 baht ke 300 baht dewasa n kanak2 50 baht atau 150 baht..lupa la..gambar lagi,hehe

tengah panjat tangga nak g cable car

excited,hehe

dah sampai kat atas,ada kuil ke tokong,aku pon tak tau..ramai la yang penganut2 diorang  singgah kat situ..

pemandangan dari tempat cable car tu

tengah tunggu giliran,si kecik tu dah merajuk

kat dalam cable car...

pemandangan dari dalam cable car


ni dah sampai kat hujung y satu lagi tu...tokong diorang jugak..

ni tempat kitorang rehat,teduh sikit



tangga turun nak g tokong 1 lagi kat bawah tu..btw,ni mak,hehe








ha,ni la tuttut yang kitorang naik tu..

ok la..dah banyak sangat ni..banyak2 nanti boring lak korang baca...esok lak ea sambung,hehehe...bye2.. http://www.emocutez.com


No comments:

Post a Comment